Jumaat, 30 November 2012

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI DANGA .


Sejarah pembukaan Kampung Sungai Danga bermula dengan kedatangan sekumpulan orang-orang Bugis Wajo dari Sulawesi, Indonesia yang diketuai oleh Hj. Daeng Abd. Aziz Bin Mandak, seorang saudagar yang handal yang berulang alik dari Sulawesi, Singapura dan Tanah Arab. Hj. Daeng Abd. Aziz bersama pengikutnya telah meneroka tanah di Kg. Sungai Danga dari Menso (sekarang Taman Perling) sehingga hampir ke Pantai Lido. Keluasan tanah yang diteroka mencecah ratusan ekar. Disebabkan Hj. Daeng Abd. Aziz mempunyai banyak tanggungjawab terhadap pembukaan tanah dan perniagaan, maka urusan memajukan pembukaan tanah di Kg. Sg. Danga telah diserahkan kepada pembantunya, Tn. Hj. Daeng yunos Bin Laisang yang kemudian diambil menjadi menantunya. Dianggarkan pembukaan Kg. Sg. Danga adlah sekitar tahun 1890 an. Walau bagaimanapun, memandangkan pengasas Kg. Sg. Danga ini adalah berketurunan Daeng, maka kemungkinan ia mempunyai hubungan dengan kedatangan Putera-putera Raja bugis yang berketurunan Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Celah, Daeng Menambun dan Daeng Kewasi. Manakala Daeng Merewah adalah Yamtuan Muda johor sekitar 1722 hingga 1745.

Hj. Daeng Abd. Aziz mempunyai tiga orang anak iaitu Hjh. Andik Nur, Hjh. Andik Halimah dan Hj. Abd. Aziz @ Hj. Bedu. Hjh. Andik Halimah dan Hj. Abd. Aziz tinggal di Mekah sehingga meninggal dunia, manakala Hjh. Andik Nur yang tinggal di Kg. Sg. Danga telah dikahwinkan dengan anak Hj. Daeng Yunos Bin Laisang iaitu Haji Kassim.

Tanah-tanah yang telah dibuka ini dibantu oleh buruh-buruh kontrak yang kebanyakannya saudara mara Hj. Daeng Abd. Aziz yang dibawa dari Tanah Bugis. Kontrak mereka ada yang setahun, dua tahun dan lebih. Selepas tamat tempoh kontrak, mereka boleh membuka tanah sendiri dan melakukan pekerjaan lain. Tanah-tanah yang beratus ekar itu, kemudiannya telah dikurniakan oleh Temenggong Daeng Ibrahim iaitu Sultan Johor yang memerintah Di Telok Belanga, Singapura yang kemudian berpindah ke Bandar Iskandar Puteri yang kemudian dikenali sebagai Tanjung Puteri dan akhirnya Johor Bahru.

Nama ‘DANGA’ seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua di kampung tersebut diambil sempena nama kuih yang diperbuat daripada tepung sagu berisi gula melaka dan disalut dengan kelapa. Kuih ini amat popular ketika itu dan dikatakan tahan lama dan mudah dibawa.

Hj. Daeng Yunos Bin Laisang mempunyai beberapa orang anak iaitu Hj. Kassim, Hjh. Saleha dan Hj. Mahmud. Hj. Kassim pula mempunyai beberapa orang anak, antaranya ialah Hj. Mohamad (Cikgu Abd. Aziz), Jamal, Hj. Mohd. Bakri, Hj. Amin(telah meninggal dunia) dan Mandak (Bekas Penghulu). Saudara mara rapat Hj. Daeng Yunos yang membantunya membuka tanah telah diberikan tanah sebanyak 5 ekar setiap seorang.

Berdasarkan salasiah keturunan Hj. Daeng Abd. Aziz, maka boleh dikatakan penduduk Danga yang berketurunan Bugis mempunyai hubungan dengan beliau dan akhirnya mereka yang berketurunan Bugis telah berkahwin dengan penduduk berketurunan Jawa. Akhirnya hampir keseluruhan penduduk Kg. Sungai Danga adalah dari keturunan yang sama.

Kg. Sungai Danga mempunyai kampung-kampung kecil dibawahnya satu ketika dahulu iaitu K. Sungai Temun, Kg. Sg. Pinang, Chu Kang dan kawasan yang dibuka oleh Hj. Habib Abd. Aziz (sekarang dikenali sebagai Jalan Tengah). Kini Kg. Sungai Danga telah mula membangun setelah lebih 100 tahun kewujudannya. Terdapat beberapa buah taman yang telah didirikan di tanah-tanah warisan Hj. Daeng iaitu Taman D’utama, Taman Permata dan taman Baiduri.

Chu Kang dahulunya adalah perkampungan Cina yang mempunyai tiga buah kedai dan sebuah sekolah. Namun apabila berlaku darurat penduduk Cina di kawasan itu telah dipindahkan. Sungai Temun pula adalah diambil dari keadaan aliran sungai yang bertemu di hulunya. Sungai Pinang pula diambil sempena kewujudan sebatang pokok pinang di kawasan itu.

Perkampungan orang Asli di sekitar Sungai Temun telah wujudpada tahun 1985 di tanag rezab laut. Ia diketuai oleh seorang Tok Batin, antaranya Tok batin Kassim, Tok Batin Palon dan Tok Batin Salim. Penduduk di kawasan ini lebih kurang 200 orang daripada lebih 40 buah keluarga.

Seramai 9 orang penghulu telah mentadbir kampung ini seperti Penghulu Abas (JMF), Penghulu Awang (JMF), Penghulu Majid, Penghulu Hamid, Penghulu Hj. Ismail, Penghulu Mandak (Keturunan Hj. Daeng), Penghulu Abas, Penghulu Hj. Yusof dan Penghulu Misbahuddin.

Kampung sungai Danga mempunyai beberapa kemudahan asas seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Danga yang dibina pada tahun 1968. sekolah pertama dibina secara gotong-royong yang kemudiannya berpindah ke bangunan tetap pada tahun 1985. sekolah agama turut dibina pada tahun 2000. Walaupun sekolah ini telah wujud hampir seusia dengan sekolah kebangsaan, namun pada tahun 2001 ia dinaik taraf hingga wujud darjah 5 yang mana sebelumini hanya sampai darjah 4 sahaja.

Dewan raya dibina pada tahun 1980 dengan kos RM 50 000. masjid jamek pula telah beberapa kali dipindahkan tapaknya dari masjid asal di kawasan perkuburan Islam Kg. Sg. Danga. Asalnya masjid ini adalah bahagian yang hendak dibina di Seranggon yang tidak jadi lalu dibina dan dipindahkan oleh Hj. Yunos ke Kg. Sungai Danga. Masjid kedua adalah balai raya. Masjid ketiga pula sebuah bangunan yang agak sederhana dan pada tahun 1980 sebuah masjid besar bernilai RM 60 000 telah dibina.

Kemudahan jalan raya berturap telah dibina pada tahun 1980an. Sebelum itu, penduduk menggunakan laluan laut iaitu Selat Tebrau atau jalan tanah merah dari kilang Lee Pineapple. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih dibawa masuk sekitar tahun1980an dan pembinaan jambatan taman Perling telah membawa cahaya baru kepada penduduk Kg. Sungai Danga.

Perkembangan Kg. Sungai Danga dari hari ke hari bertambah pesat khususnya di kawasan sekitarnya. Perubahan-perubahan ini telah mengugat kestabilan Kg. Sungai Danga. Banyak tanah telah dijual dan tergadai akibat harga yang melambung tinggi. Projek Danga Bay mungkin satu lagi ancaman bagi generasi yang tidak bersedia dengan ilmu pengetahuan secukupnya. Kg. Sungai Danga semakin mengecil dikelilingi persekitaran mewah yang penuh dengan cabaran. Persoalannya adakah generasi akan datang mampu mempertahankan tanah-tanah warisan hasil titik peluh nenek moyang mereka, Hj, Daeng Abd. Aziz yang mampu meneroka dari selatan ke utara iaitu Pulau Langkawi ke tanah arab. Inilah cabaran anak-anak Kg. Sungai Dangauntuk mengangkat maruah harta warisan. Seluruh bumi Kg. Sungai Danga perlu dipertahankan demi sebuah kehidupan yang bernama tanah air, darah, air mata serta keringat nenek moyang.

Dipetik daripada :  hemdanga.blogspot(dot)com

Rabu, 28 November 2012

Restoran Orang Asli Kampung Sungai Temun Danga .

halimdanga HomeStay berada berdekatan dengan Restoran Orang Asli kg Sg Temon Danga ( Saya kurang pasti tentang setatus hallal @ haram). Jadi untuk Mendapatkan  Makanan yang sedap dan murah tiada masalah hanya 15 minit perjalanan .Tempat Yang damai dan menenangkan di Kampung Sungai Temon   selain makanan ada juga boleh melihat pemandangan malam di selat Teberu yang menghadap Bandaraya Johor Baharu dan Singpura .






















Anda pasti sampai dengan ....panduan  ini ..

















Pandangan dari Restoran dan kelihatan Rumah rakit  ternakan Kupang..

















Keadaan Perkampungan Orang Asli yang menendapat tempias pembangunan Iskandar Malaysia .

















Pemandangan Malam  yang mendamaikan daripada Restoran Orang Asli - Selat Tebrau dan Singapura .

Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu . 

Isnin, 26 November 2012

RESTORAN SINGGAH SELALU

Hanya 15 Minit ke Restoran Singgah Selalu - Danga Bay , Johor Baharu  daripada halimdanga Homestay Selamat Menikmati Cuti- cuti  Anda di Johor Baharu.


















Kehandiran Anda dinantikan ...

 
















Pemandangan yang cantik ...bersih ceria..













Beranika Pilihan untuk anda menjamu selera..

Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu . 

Ahad, 25 November 2012

ZOO JOHOR BAHARU

Hanya 15 Minit ke Zoo Johor Baharu  daripada halimdanga Homestay Selamat Menikmati Cuti- cuti  Anda di Johor Baharu.

"Salah satu daripada yang tertua di negara ini. Ia telah dibina pada tahun 1928 oleh Sultan Sir Ibrahim dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk mengurus pada tahun 1960-an."
Johor Bahru zoo adalah salah satu yang tertua di negara ini. Ia dibina pada tahun 1928 oleh Sultan Sir Ibrahim dan telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk mengurus pada tahun 1960-an dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1962.
Terdapat 100 spesies haiwan di dalam kawasan 5ha. Bayaran masuk adalah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk chilren. Zoo dibuka setiap hari 8:00-6:00 dan dikunjungi paling semasa cuti umum dan cuti sekolah.

Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu

MUSEUM DIRAJA SULTAN ABU BAKAR .



Hanya 15 Minit ke Muzium Sultan Abu Bakar  Johor Baharu  daripada halimdanga Homestay Selamat Menikmati Cuti- cuti  Anda di Johor Baharu.

"Muzium ini menduduki Istana Besar (Grand Palace) yang khas ditugaskan pada tahun 1864 oleh Bapa Moden Johor, Sultan Abu Bakar."
 
Muzium menduduki Istana Besar (Grand Palace) yang khas ditugaskan pada tahun 1864 oleh Bapa Moden Johor, Sultan Abu Bakar. Siap dibina pada 1866, Grand Palace diperbadankan beberapa idea kreatif Sultan dalam seni bina.Pada awal tahun 1990an, pemerintah sekarang Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Iskandar, memutuskan bahawa orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat koleksi Keluarga Diraja dalam suasana muzium betul. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda berkenan untuk Grand Palace ditukar menjadi muzium tetapi serentak ia masih berkhidmat diraja tradisional dan negeri fungsi istiadat. Sultan Iskandar secara rasmi diisytiharkan muzium dibuka pada Mei 11, 1990.
 
Ditempatkan di dalam muzium adalah tatasusunan luas khazanah, kerja-kerja seni, antik dan perabot yang dimiliki oleh Keluarga Diraja. Galeri gambar mempunyai masa lalu dan masa kini pemerintah Kesultanan dan isteri-isteri mereka. Terdapat juga koleksi besar memorabilia peribadi mereka, pelbagai mengesankan Perintah, dekorasi dan Pingat dalam galeri.
 
Bilik-bilik lain dalam Grand Palace paparan perak, Barang Kristal, emas dan perak perhiasan, pasu ternilai, perabot, senjata tradisional Melayu, Regalia Negeri, koleksi Numismatik, piala perak dan khazanah keluarga yang lain di dalam persekitaran semulajadi mereka.
 
Muzium ini dibuka dari hari Sabtu melalui Khamis, dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00pm Untuk maklumat lanjut, sila hubungi (607) 2230555.

 Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu
 


Dipetik daripada pelancungan johor

PEMANDANGAN SEKITAR HALIMDANGA HOMESTAY

halimdanga Homestay merupakan sebuah rumah kampung berkonsep moden yang mempunyai 7 bilik dan mempunyai 3 bilik diluar daripada Rumah Utama dan ini yang dijadikan halimdanga Homestay ..Tapi bilik ini ada bersambung dengan rumah utam....Ruang sambungan di jadikan ruang rehat dan santai  .











Ini adalah bilik yang dijadikan Homestay halimdanga












Rumah Utama...











Bahagian Hadapan Rumah - Parking Yang Luas











Sebelah sisi...juga untuk tempat Parking











Pandangan keseluruhan  halimdanga Homestay












Pemandangan Dari Ruang  Tengah dan Lorong Kawasan Rehat.













Pemandangan Daripada Ruang Lorong Tengah tempat Rehat .











Dari arah bilik pertama.











Inilah Gambar bilik/rumah homestay ..











Pandangan Rumah sebelah .

















































Laluan Masuk Ke halimdanga HomeStay..lebih kurang 400 meter Jalan berbatu kerikil tapi rata untuk sampai ke halimdanga HomeStay daripada Jalan Raya Besar.



TEMPAT MAKAN YANG PALING DEKAT DENGAN HALIMDANGA HOMESTAY

halimdanga HomeStay berada berdekatan dengan Damai Seefood.. Jadi untuk Mendapatkan  Makanan yang sedap dan murah tiada masalah hanya 5 minit perjalanan .Tempat Yang damai dan menenangkan di Kampung Sungai Danga  selain makanan ada juga disediakan Kolam Pancing  untuk kaki pancing dalam kolam ....

Tempat Makan Yang Terdekat :

1. Damai SeeFood Village
2. Restoren Singgah Selalu .
3. Anjung Petai .


Damai Seefood Village
















Damai SeeFood Village - kampung sungai Danga  .5 Mini dari halimdanga HomeStay
















Pemandangan yang Mendamaikan di Damai SeeFood Village .

















Pintu Masuk ke Damai SeeFood Villegh
















Tenang dan Damai diteman dengan bunyi cenkerik di waktu malam.






















Hidangan yang cukup membuka selera anda.



















Ketam Masak Blackpepper
















Tenang dan damai...
















Anda dipersilakan mencuba masakan di Damai yang Murah dan sedap




















Rasanya sedapa dan Hasli....di Damai Seefoood.















Anda pasti disambuat dengan senyuman manis oleh Pemiliknya En Aziz dan Pn Nurul.

 Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu . 



KONSEP BILIK SERBA LENGKAP - BILIK 3


Gambar akan di muat naik  sedikit masa lagi















Ini adalah Ruang Rehat dan Ruang Makan Yang Disediakan  diluar Bilik ( Lorong Tengah )
kemudahan yang ada disini  Meja dan kerusi Rehat  Juga disediakan Meja Makan yg tidak kelihatan di gambar Ruangan ini bersambung dengan Dapur .

 Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu

SYARAT-PERATURAN

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:

  1. Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.
  2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
  3. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  4. Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
  5. Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
  6. Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman.
  7. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
  8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
  9. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
  10. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
  11. Bilik air. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
  12. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi atas kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
  13. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.

Sila tinggalkan premis ini dengan kualiti kebersihan sama seperti semasa anda mula memasukinya.


"SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA ANDA BERADA DI HALIMDANGA HOMESTAY , JOHOR BAHRU" 


TERIMA KASIH 

CARA MEMBUAT TEMPAHAN - HALIMDANGA HOMESTAY

Tempahan(booking) untuk menginap di halimdanga Homestay - Kampung Danga ialah melalui cara-cara berikut : 


Sila SMS/Talipon : +6019 7508 499 / +6016 715 8499 dan nyatakan :

  • Nama Penuh tuan/puan/encik/cik
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat Tetap
  • No. Talipon
  • Tarikh Masuk
  • Tarikh Keluar
  • Bilangan dewasa yang akan menginap
  1. Tempahan (booking) hanya akan diterima jika pada tarikh dipilih terdapat kekosongan atau tiada tempahan daripada pelanggan/tetamu lain.
  2. Tempahan perlulah disertakan wang deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan pembayaran.
  3. Tempahan yang melebihi 1 hari, penentuan wang deposit adalah diatas rundingan bersama pihak kami.
  4. Jika tuan/puan/encik/cik ingin membuat tempahan, sila Bank-In wang deposit secara online Maybank2u transfer atau melalui ATM ke akaun Maybank pengurus homestay. (Nombor akaun akan di SMSkan kepada bakal penginap). 
  5. Sila SMS atau talipon pihak pengurusan sebaik sahaja tuan/puan/encik/cik telah bank-in wang deposit supaya tempahan tuan/puan/encik/cik dapat disahkan dan direkodkan pada tarikh yang dipilih.
  6. Bayaran penuh hendaklah dibuat secara tunai ketika menerima kunci homestay. 
Pembatalan Tempahan :
Sila maklumkan melalui talipon/SMS/emel pihak pengurusan 10 hari sebelum tarikh dijadualkan menginap jika tuan/puan/encik/cik ingin membatalkan tempahan tersebut. 

"Tempahan daripada tetamu yang membuat bayaran wang deposit yang paling awal akan diutamakan jika ramai yang ingin booking menginap pada tarikh-tarikh yang sama".

Sekiranya tuan/puan/encik/cik mempunyai sebarang masalah sila hubungi kami dengan segera.

Terima kasih kerana memilih halimdanga Homestay  sebagai penginapan sementara tuan/puan/encik/cik.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN DENGAN HALIMDANGA HOMESTAY

Hanya 15 Minit ke Bandaraya Johor Baharu  daripada  halimdanga Homestay Selamat Menikmati Cuti- cuti  Anda di Johor Baharu.

 "Johor Bahru, ibu negeri Johor, adalah sebuah bandar yang mempunyai banyak tarikan dan pintu masuk ke negara jiran Singapura."
Ibu negeri bagi negeri Johor adalah Johor Bahru. Selepas kejatuhan Johor Lama (Old Johor) sebagai tempat lama kuasa Kesultanan Johor sekitar 1587, Johor Bahru muncul sekitar tahun 1885 di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Hari ini Johor Bahru adalah salah satu bandar yang terbesar di Malaysia.
Johor Bahru adalah pintu masuk bagi pelawat dari Malaysia untuk sampai ke Singapura sama ada melalui jalan raya, kereta api atau feri. Terminal feri anda mungkin mahu menyimpan dalam minda termasuk Duti Trade Zone Stulang Percuma dan terminal Feri Kukup. Lapangan terbang yang menghidangkan Johor Bahru dikenali sebagai Sultan Ismail International Airport, yang terletak hanya sedikit utara Johor Bahru. Johor Tourist Information Centre (JOTIC, Tel: 607-2242000) terletak berhampiran Muzium Diraja, seterusnya ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru sepanjang Jalan Tun Dr Ismail.
Antara tempat-tempat menarik, anda mungkin mahu untuk melawat di dalam dan di sekitar Johor Bahru termasuk: -

a) Royal Abu Bakar Museum
b) Sultan Abu Bakar Mosque
c) Bangunan Sultan Ibrahim
d) Makam Diraja
e) Istana Bukit Serene
f) Lido Beach
g) Stulang Laut Beach
h) Johor Bahru Zoo


Daya tarikan utama di Johor Baharu  pada Masa ini adalah Legoland di Bandar NusaJaya.halimdanga Homestay terletak hanya 10 kilometer ke Legoland dan 5 kilometer ke Johor Baharu .

1 . LegoLand Malaysia
2. Damai SeeFood Villege
Restoran Orang Asli Kampung Sungai Temun Danga .

LEGOLAND MALAYSIA

Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).
Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat.
Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai permainan dan aktiviti yang disediakan anda boleh lawati laman web rasmi .
Legoland Malaysia akan dibuka secara rasmi pada 15 September 2012.






















Peta Lokasi LegoLand





















LegoLand Map

















Pintu Masuk Utama LegoLand Malaysia .
















LegoLand 7


ada banyak lagi gambar yg akan dimuat naik...

Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu . 


Sabtu, 24 November 2012

KONSEP BILIK SERBA LENGKAP .. BILIK 2

Halimdanga HomeStay adalah berkonsep bilik kerana tiga bilik berada diluar Rumah Utama yang bersambung melalui ruang yang luas yang dijadikan sebagai Ruang Makan dan Santai .

Gambar Bilik Kedua dengan Keluasan 20 X 20 .













Terdapat Dua Katil King size ...

 











Gerobok dan Meja Hias .













Tandas yang Bersih dan kemas  . kelengkapan bilik air disediakan.













 Ini adalah Ruang Rehat dan Ruang Makan Yang Disediakan  diluar Bilik ( Lorong Tengah )
kemudahan yang ada disini  Meja dan kerusi Rehat  Juga disediakan Meja Makan yg tidak kelihatan di gambar Ruangan ini bersambung dengan Dapur .

Gambar akan di Update lagi .

Tempat Menarik untuk di Lawati di Johor Baharu

KONSEP BILIK SERBA LENGKAP ..BILIK 1

Halimdanga HomeStay adalah berkonsep bilik kerana tiga bilik berada diluar Rumah Utama yang bersambung melalui ruang yang luas yang dijadikan sebagai Ruang Makan dan Santai .

Gambar Bilik Pertama dengan Keluasan 20 X 20 .


Ini Adalah Pemandangan di bilik Pertama ..Ada dua Katil King Size.













Gerobok , Dua Kerusi Rehat  , Meja dan Kerusi Sandar yang boleh dijadikan Katil jika di perlukan.













Keadaan Bilik Air yang Bersih dan Kemas.













Kemudahan TV Juga Disediakan













Katil King juga ada.. Bilik ini ada dua katil king size .













Serba Lengkap anda Pasti Puas hati terhadap perkhidmatan kami .














Ini adalah Ruang Rehat dan Ruang Makan Yang Disediakan  diluar Bilik ( Lorong Tengah )
kemudahan yang ada disini  Meja dan kerusi Rehat  Juga disediakan Meja Makan yg tidak kelihatan di gambar Ruangan ini bersambung dengan Dapur .

ada gambar lain yg akan di update.

Tempat Menarik Lain Di Johor Baharu