Ahad, 25 November 2012

CARA MEMBUAT TEMPAHAN - HALIMDANGA HOMESTAY

Tempahan(booking) untuk menginap di halimdanga Homestay - Kampung Danga ialah melalui cara-cara berikut : 


Sila SMS/Talipon : +6019 7508 499 / +6016 715 8499 dan nyatakan :

  • Nama Penuh tuan/puan/encik/cik
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat Tetap
  • No. Talipon
  • Tarikh Masuk
  • Tarikh Keluar
  • Bilangan dewasa yang akan menginap
  1. Tempahan (booking) hanya akan diterima jika pada tarikh dipilih terdapat kekosongan atau tiada tempahan daripada pelanggan/tetamu lain.
  2. Tempahan perlulah disertakan wang deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan pembayaran.
  3. Tempahan yang melebihi 1 hari, penentuan wang deposit adalah diatas rundingan bersama pihak kami.
  4. Jika tuan/puan/encik/cik ingin membuat tempahan, sila Bank-In wang deposit secara online Maybank2u transfer atau melalui ATM ke akaun Maybank pengurus homestay. (Nombor akaun akan di SMSkan kepada bakal penginap). 
  5. Sila SMS atau talipon pihak pengurusan sebaik sahaja tuan/puan/encik/cik telah bank-in wang deposit supaya tempahan tuan/puan/encik/cik dapat disahkan dan direkodkan pada tarikh yang dipilih.
  6. Bayaran penuh hendaklah dibuat secara tunai ketika menerima kunci homestay. 
Pembatalan Tempahan :
Sila maklumkan melalui talipon/SMS/emel pihak pengurusan 10 hari sebelum tarikh dijadualkan menginap jika tuan/puan/encik/cik ingin membatalkan tempahan tersebut. 

"Tempahan daripada tetamu yang membuat bayaran wang deposit yang paling awal akan diutamakan jika ramai yang ingin booking menginap pada tarikh-tarikh yang sama".

Sekiranya tuan/puan/encik/cik mempunyai sebarang masalah sila hubungi kami dengan segera.

Terima kasih kerana memilih halimdanga Homestay  sebagai penginapan sementara tuan/puan/encik/cik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan